Thursday, March 4, 2010

Ibu

Ibu adalah seorang yang sanggup menanggung sengsara dan derita sepanjang mengandungkan seorang zuriat untuk tempoh masa yang lama. Sepanjang waktu itu, seorang ibu tidak akan membiarkan kandungannya mengalami sebarang masalah. Tidak kira apa yang akan ditempuhnya tapi seorang ibu itu tidak akan mudah untuk berputus asa untuk memberi hayat kepada anaknya walaupun dia tahu mungkin dia akan terpaksa berhadapan dengan maut ketika melahirkan. Pernahkah kita tahu akan pengorbanan ibu kita?

Ibu adalah seorang insan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi anaknya sekalipun nyawanya akan terancam. Dari mana datangnya kekuatan seorang ibu itu jika bukan dari anaknya yang merupakan permata hatinya. Kekuatan itu lahir dari lubuk hati seorang ibu yang sentiasa mengimpikan yang terbaik untuk anaknya. Bagi seorang wanita yang bergelar ibu, anak merupakan hartanya yang tidak ternilai di dunia ini. Dan anak adalah hartanya yang akan sentiasa membantu ketika waktu senang atau susah.

Segala kesakitan seorang ibu hilang apabila dia melihat keletah anaknya yang mencuit hati. Hilangnya sengsara yang dirasa ketika ingin melahirkan anaknya apabila dia mendengar tangisan anaknya. Kucupan pertama seorang ibu pada anaknya menyejukkan hati ibu itu sendiri. Ibu tidak pernah kurang untuk mencurahkan kasih sayangnya. Kasih seorang ibu itu tidak akan pernah berhenti atau kering walau anaknya ramai. Setiap anaknya akan memperoleh kasih sayang yang sama rata. Sedarkah kita akan semua itu? Sedarkan diri kita kerana tidak semua ibu mempunyai naluri yang tulus dan suci.

Dalam Islam, darjat wanita sebagai ibu amat tinggi. Dan ramai antara ibu-ibu yang ada di dunia ini telah dijadikan ibu mithali. Percayalah bahawa interaksi pertama buat manusia ialah dengan ibunya. Setiap ibu telah menanggung keperitan mengandung, melahirkan, menyusukan serta mendidik anaknya. Sejarah belum pernah mengenal mana-mana agama atau sistem yang menghormati wanita sebagai seorang ibu serta mengangkat martabatnya seumpama Islam. Islam telah berkali-kali mengulangi nasihat supaya menghormati ibu. Islam meletakkan nasihat itu di tempat kedua selepas nasihat supaya mentauhidkan Allah serta beribadat kepadaNya. Islam menjadikan berbaik kepada ibu sebagai salah satu dari asas kebaikan di samping menjadi haknya lebih kuat dari hak seorang ayah lantaran keperitan mengandung, ,melahir, menyusu dan mendidikkan anaknya.

Seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja. Di fikiran seorang ibu itu adalah untuk melakukan yang terbaik bagi anaknya.

Ibu tak pernah lupa doakan anak-anaknya, tapi anak, adakah mendoakn ibunya yang satu itu setiap masa? Sama-sama la kita fikirkan.............


No comments:

Post a Comment