Friday, December 18, 2009

Ingat-mengingati

Aku lihat layu dalam Melayu Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak Ada juga bercadang bertanya tuan punya Tapi bercampur risau dengan tak tergamak Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui Yang kita sendiri Membiarkan bunga raya melayu ke kanan Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri Aku lihat layu dalam Melayu Tanah air kita yang punya Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa Mereka merancang masa menjilat bangsa 13 harimau bertukar menjadi mangsa Kita lupa nenek moyang kaya-raya Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya Ku lihat layu dalam Melayu Ku lihat layu dalam Melayu Ku lihat layu dalam Melayu Takkan Melayu hilang di dunia Ya… tapi apa guna tak hilang di dunia Kalau kewujudan tidak dirasa Petah berbahasa kudrat tak berjasa Orang berbudi kita hanya tahu merasa Selalu lari bila dirapat Selalu malu bila soalan diaju Selalu segan memberi pendapat Rela mengikut dari meneraju Belum nyanyi sudah bersorak Suka berjanji dalam borak Bukan kata tak ada otak Cuma tak berfikir di luar kotak Ku lihat layu dalam Melayu Ku lihat layu dalam Melayu Ku lihat layu dalam Melayu Aku jadi sayu Bunga menangis dia mendayu Mahu jadi cantik tetapi ragu Aku merayu Bangunlah semula hidup kembali Jangan tunggu matahari mati Cepatlah mekar sebelum terlerai Perjuangan kita belum selesai Perjuangan kita belum selesai Perjuangan kita belum selesai

2 comments:

  1. Encik Malique kita ni memang pandai berbahasa. i just LOVE the whole content, from the inside of it as well as the outside(^^)

    ReplyDelete